Tidak dinafikan, ada segelintir yang sering melakukan tabiat buruk seperti bermain dengan telefon bimbit sewaktu sedang meluangkan masa mahupun makan bersama keluarga.

Baru-baru ini, pelakon Jasmin Hamid ada berkongsi pendapatnya mengenai perkara tersebut di satu rakaman video di muat naik di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut telah memaparkan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew memberi kata nasihat tentang adab anak-anak dengan ibu bapa.

Lalu, pelakon berusia 47 tahun turut menitipkan kata nasihat buat para pengikutnya untuk sentiasa menjaga adab dan menikmati momen bersama keluarga.

Sebagai langkah untuk menghindari tabiat buruk tersebut, pelakon drama bersiri Cukup Derita Ini mendedahkan bahawa dia menetapkan syarat kepada seluruh keluarganya untuk tidak dibenarkan bermain telefon bimbit ketika sedang makan bersama.

“Jagalah ADAB bila kita menikmati Rezeki Allah..Ramai yang saya lihat, HP tak lepas walaupun masa tengah makan..

“Peraturan keluarga saya..TIDAK DI BENARKAN main HP masa makan TERUTAMA bila makan bersama keluarga..Family saya AKUR dengan FAMILY RULES..

“Macam tu juga bila saya makan bersama teman-teman. Kalau saya dapati teman-teman lebih utamakan HP, saya akan minta diri untuk beredar.. GERAK DULU BEB! Kau mainlah HP tu puas-puas..

“Mati nanti, jangan lupa pesan suruh tanamkan sekali dengan HP..cuma sebentar saja kita lepaskan HP dari tangan ,macam kata Ustaz @ebitlew ..

“Jagalah ADAB ketika menikmati Rezeki Allah.. JANGAN BIADAP! Nikmati masa bersama ketika mengadap Rezeki Allah..Hebat Bukan?,” tulisnya panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here