Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada menyuarakan pendapat mengenai kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari di seluruh negara.

Mengakui ada segelintir pihak yang memarahi kepada pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengacara berusia 29 tahun ini berharap untuk berhenti menunding jari mencari kesalahan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, pengacara kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini berharap agar orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“PKP lagi dan lagi nukilan Uyaina Arshad. Menteri sudah dikeji VVIP sudah dicaci. Seleberiti sudah dimaki golongan kayangan sudah dibenci sebab kes yang makin meninggi,

“Memang golongan ini kuat mengundang kontroversi tapi rakyat Malaysia yang lain semuanya berintergriti?

“Tiada yang rentas daerah curi-curi? Minta surat dari pak polisi untuk memenuhi kehendak hati? Kalau iya, tak akan lah lebuhraya pantai timur sesak lepas Aidilfitri?

“Tak akan lah itu semua menteri dan selebriti? Satu jari kita tunding pada seseorang, tiga kembali tunjuk kepada diri sendiri. Jangan sibuk jaga tepi kain orang sampai diri sendiri pun culas dan lupa diri,

“Tiada lagi zon hijau di semenanjung, Abang. MAEPS dah tak cukup katil sekarang. Hospital Sungai Buloh pula simpan jenazah dalam kontena sebab tak cukup ruang. Yang ditakutkan bukan hanya kes kematian, saudari tapi yang pulih dari Covid dan hidup dengan komplikasi,

“Siapa makan cili dia rasa pedas. Siapa rasa pedas kata saya main cakap lepas. Rakyat marhaen mahupun golongan kayangan, saya bukan nak terus menyalahkan sekadar memberi peringatan juga kepada diri saya sendiri. Tolonglah jaga SOP kes semakin meninggi ni! Tak akan lah nak sambung PKP lagi dan lagi?,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Foto: Instagram Uyaina Arshad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here