Baru-baru ini, artis versatil Elly Mazlein telah menerima kritikan daripada seorang warganet yang mempertikaikan caranya menghulurkan sumbangan kepada orang ramai.

Tidak henti disitu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sekali lagi dilihat ada memberikan komen mengenai perkara tersebut menerusi salah satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini berharap individu terbabit untuk berhenti menganggu kehidupan orang lain.

“Tp Ingatttt .. jgn suka cari gaduh dan kacau hidup org .. tak suka ,jgn follow mengelupuh tgk kehidupan kepom ya  gatal follow aku da kenapa?? ..

“dah 2021 dah .. dari dulu smpai skrg x ubah² perangai kaki gaduh dgn semua org .. gaduh dgn kwn ,gaduh dgn jiran.. perli org sana,perli org sini.. org tu xde pun kacau kau..

“kau kecewa dgn kehidupan kau yg sedih tu ke smpai x bole tgk org bahagia??.. apa nak jd dgn kau nihhh ?.. ya kau.. utk kau la gila setakat berani dkat sosmed smua org bole, la sedih!! .. meh la sini.. kau bkn xde no taliponn aku.. tringin jugak nak rasa tulang tangan kau..” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain.

“Buat kesayangan smua jgn ikut perangai mengelupuh kurng diajar mcm betina ganyut ni .. semua org x kena .. lantak la org nak buat apa pun .. klu x suka duduk hutan kwn dgn beruk .. kot² beruk pun benci dgn kau ..sedih hidup kau ni #bankrap  #lizawati

“Lg 1 .. kau tu bkn sapa² pun smpai nak kena ikut keselesaan kau .. you are Nothing .. Nothing .. tu je tahap kau Dari cari gaduh dgn org,baik cari rezki,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina ada berhasrat ingin menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Foto: Instagram Elly Mazlein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here