Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh, yang kini telah kembali bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.

Menerusi undangan secara maya, Intan, 37 dan suami, 26 telah berkongsi pengalaman serta membincangkan topik bertajuk ‘Perbezaan Usia Bukan Penghalang’ bersama penonton.

Akui Intan, dia berasa takut untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua kerana bimbang situasi buruk yang pernah dilaluinya sebelum ini berulang kembali.

Tambahnya lagi, keputusannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Aizam yang usianya jauh lebih muda telah menjadi persoalan terutamanya daripada rakan-rakan dan keluarga.

“Sejujurnya, ada yang pernah bertanya soalan itu kepada saya dan sebenarnya untuk perkahwinan kali kedua ni saya ada sediikit rasa takut benda yang sama akan berulang lagi,

“Tambahan pula, kita berkahwin dengan orang yang lebih muda dari kita. Jadi benda tu memang akan jadi persoalan daripada kawan-kawan dan keluarga,

“Dari segi persoalan daripada keluarga, saya cuba yakinkan kepada keluarga bahawa jodoh itu semua adalah ketentuan Allah SWT,” katanya.

Imbas kembali, Intan pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 7 dan Ariq Muqri, 4 tahun.

Namun, pasangan ini telah bercerai pada tahun 2018, sempat bermadu dengan pelakon Izreen Azminda.

Sekitar penghujung Disember lalu, Intan kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aizam selepas 3 tahun bergelar ibu tunggal.

Foto: Instagram Intan Liana Saleh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here