Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada memberi kata nasihat kepada para pengikut di laman media sosial akaun Instagram miliknya.

Izzue menasihati kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara yang buruk seperti menghina atau merendahkan maruah orang lain.

Baginya, setiap orang harus mengamalkan sikap untuk menghormati serta menghargai orang sekeliling sekiranya tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku dalam kehidupan.

“Hargai orang lain jika ingin dihargai. Jangan menghina jika tak mau dihina. Dan jangan merendahkan orang lain jika tak mau direndahkan.

“Hidup ni adil, kalau kau taknak orang buat kau, kau jangan buat orang! Simple kan?,” tulisnya.

 

Dalam perkembangan lain, Izzue telah memaklumkan drama lakonan terbarunya berjudul Katakan Pada Dia yang bakal menemui penonton di kaca televisyen tidak lama lagi.

“Mamat baju putih ni nama dia Johan. Single dan sedang mencari jodoh. Jumpa nanti dalam drama Katakan Pada Dia.

“Sebuah drama arahan Pali Yahaya. Terbitan Kalam Ariff Holding Sdn Bhd. Bismillah. #KatakanPadaDia,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Foto: Instagram Izzue Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here