Pelakon dan hos, Norman Hakim ada memuat naik beberapa keping foto ketika membuat lawatan di Pusat Rehabilittiasi Perkeson Tun Abdul Razak yang terletak di Melaka.

Menerusi entri tersebut, Norman turut berkongsi pengalaman dan cerita apabila bertemu dengan beberapa pesakit yang mendapat rawatan di pusat rehabilititasi tersebut.

Pada masa yang sama, pelakon yang berusia 45 tahun ini memberitahu lawatan ini telah memberikan rasa keinsafan kepada dirinya.

Lalu, Norman turut meluahkan rasa simpati dan ada menitipkan kata nasihat kepada pengikutnya.

“Ujian kita berbeza.Sama2 bersyukur dalam setiap ruang & kesempatan yang ada.Pengalaman yang menginsafkan buat saya sepanjang berada di Pusat Rehabilitasi @trrc.official @perkeso.official ni

“Kalau kita rasa ujian & dugaan kita besar,bayangkan kawan2 kita yang ada disini.Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang.Semoga Allah kurniakan kesudahan yang terbaik sama2 buat kita semua,” tulisnya.

Foto: Instagram Norman Hakim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here