Baru-baru ini, tular di laman media sosial serta menjadi perbualan hangat netizen terhadap perkongsian isteri kepada pelakon dan pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah di akaun Instgram miliknya.

Rossalennah atau lebih mesra dengan panggilan Rossa ada berkongsi beberapa keping foto perbualan bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengan suaminya sebelum ini, Fara Salleh.

Menerusi perbualan tersebut, Rossa dilihat telah dimarahi serta menerima kata cacian daripada wanita terbabit.

“Selalu bukan main tunjuk solat sekarang meh lah tunjuk, kenapa tak angkat call? Memant*t la tu,

“Kenapa kau tak nak angkat? Kau jangan marah kalau aku tak angkat call kau ya,

“Tah dari kau balik tadi apa sial kau buat sekarang baru kau nak mandi solat bagai, kau nak mant*t kau cakap je,

“Dulu bukan main siap tunjuk atas sejadah bagai,” perbualan yang dikongsi oleh Rossa.

Lalu, Rossa ada meluahkan rasa berhubung perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Dah cakap dah. Kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anal saya. Tolong berubah. Bukan ugut sana sini. Saya dan anak-anak tak ada salah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Sebelum ini, Shuk pernah didakwa bertindak curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh, beberapa bulan yang lalu.

Foto: Instagram Shuk Sahar, Carian Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here