Sebagai seorang ibu, pelakon senior Jasmin Hamid memberitahu dia masih menyuapkan makanan kepada anaknya meski sudah menjangkau usia remaja.

Bagaimanapun, tindakan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mendapat perhatian serta kritikan daripada netizen.

Lalu, pelakon berusia 46 tahun ini telah memberi komen mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“MASALAH BETUL DENGAN ORANG YANG KURANG KASIH SAYANG NI..inilah PENYAKIT HATI! Suap anak pun salah..”Dah bermisai, berjambang pun masih nak makan bersuap lagi.. GELI TENGOK” katanya..Tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?? Dunia akhir zaman..,

“KALAU TAK SUKA JANGAN TENGOK!! Saya suap anak saya lah.. bukan anak orang lain atau SUAMI AWAK! Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..

“CIUMAN DAN BELAIAN SEORANG IBU..anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka,walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain MENGIKUT BATASAN..,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Cukup Derita Itu menasihati kepada para ibu bapa untuk mendidik anak erti kasih sayang dan kekeluargaan.

“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari Ibubapa saya. Rindu yang amat Sebab tu kita sebagai Ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada Ibubapa dan adik beradik.. Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak…

“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak ..

“Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.

“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga Jannah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Terdahulu Jasmin dan bekas suami, Ian Rashid Macquistan berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq selain menjaga dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here