Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi dan pelakon jelita, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha yang sudah 25 tahun melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, isu pembedahan plastik yang dilakukan oleh kalangan selebriti K-Pop yang digilai ramai telah mendapat perhatian meluas sekaligus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Lalu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Ser Ser Ser ini ada memberikan komen serta pendapat mengenai perkara tersebut.

“Saya bukanlah peminat artis K-Pop ni tapi saya memang minat dengan drama dan filem Korea. Memang nampak banyak perubahan dari masa ke semasa wajah-wajah artis Korea ni,

“Kalau kita lihat, kat Malaysia pun apa kurangnya ramai artis yang buat pembedahan plastik untuk kecantikkan. Jadi pendapat saya, tak salah pun sebab itu hak mereka untuk melakukan perkara tersebut,” katanya.

Selain itu, penyanyi berusia 45 tahun ini menasihati agar orang tidak terlalu berasa taksub untuk meminati mana-mana artis, tidak kira selebriti Korea mahupun tanah air.

“Lagipun artis Korea ni bukannya Islam jadi lantak pi lah dosa ke, neraka ke pada mereka semua. Kita ni sebagai muslim walaupun peminat tegar sekalipun pada mana-mana artis kat atas dunia ni kenalah berpada-pada,

“Tak usah taksub sangat, baik kita taksub pada Nabi Muhammad SAW, esok di Padang Masyhar yang akan tolong kita pun bukan artis yang kita puja tu tapi Rasullullah SAW yang akan bantu kita masuk ke syurga,” katanya lagi.

Foto: Instagram Ifa Raziah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here