Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada menyuarakan pendapat berhubung isu penyalahgunaan dadah dan barang terlarang di kalangan para pelakon tanah air.

Michael berkata, dia sebolehnya tidak mahu ada pelakon yang melakukan perkara sedemikian di set pengambarannya.

Jelasnya, tindakan sedemikian boleh memberi kesan buruk serta menjejaskan sumber pendapatan kru produksi yang terlibat.

“Sebenarnya tentang dadah ni adalah satu benda yang paling saya pantang sebab saya selalu cakap kepada semua orang di set pengambaran,

“Saya tidak mahu ambil tahu apa anda buat kat luar ke, dalam kehidupan ke, kau ambil dadah ke itu kau punya fasal. Janji, kau datang set aku, kau jangan buat benda itu semua,

“Kau nak buat itu semua dekat luar, itu kau punya fasal sebab itu hidup kau. Aku tidak boleh kawal hidup kau sebab aku bukan mak ayah anda,

“Jadi tolonglah bila datang ke set silalah hormat orang lain, anda kena faham bila anda seorang yang kena semua orang punya periuk nasi akan terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah drama bersiri The Hotel turut memberikan cadangan kepada mana-mana pihak produksi untuk melakukan ujian saringan air kencing para pelakon sebelum pengambaran dijalankan.

“Kalau boleh saya sangat bersetuju semua orang yang terlibat untuk buat ujian saringan air kencing sebelum masuk ke set pengambaran,

“Bukan apa, supaya situasi seperti ini tidak akan berlaku lagi dalam mana-mana produksi pada masa akan datang,” luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Michael telah mengarahkan sebuah drama bersiri berunsurkan seram berjudul Sihir.

Drama Sihir ini dibintangi pelakon hebat seperti Kamal Adli, Hun Haqeem, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Kesemua 20 episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria mulai 1 November depan.

Foto: Instagram Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here