Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly telah tampil memberikan penjelasan berhubung isu dakwaan syarikat produksi miliknya yang tetap menjalani pengambaran drama meski ada kru dan pelakon drama yang telah disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, isu dakwaan ini telah mendapat perhatian ramai selepas pelakon Adam Shahz mendedahkan perkara tersebut di laman media sosial.

Lalu, Sheila ketika ditemu bual wartawan menerusi rancangan hiburan Melodi, TV3 telah menyifatkan dakwaan yang dilontarkan oleh Adam tidak sahih sama sekali.

Dalam pada itu, Sheila berkata bahawa Adam telah memanipulasikan informasi yang diterima kepada orang ramai dan menyifatkan tindakannya itu tidak sewajarnya dilakukan sebagai pengiat seni tanah air.

“Adam Shah, kalau kau nak jadi hero pun ini bukan caranya mat. Engkau kalau nak kecam JS Pictures, kau kena pastikan yang fakta kau tu tepat baru kau cakap dan kongsi,

“Bukan kau tak pasti tapi kau terus viralkan. Ini menjadi satu kesalahan yang sangat-sangat besar bila kau mencuri ‘voice note’ milik JS Pictures, kau memanipulasi ‘voice note’ tu, dan aku boleh ambil tindakan apa yang kau buat pada JS Pictures,

“Kenapa kau busuk hati sangat sampai nak mencari salah kami sedangkan kami antara syarikat produksi yang sangat-sangat mematuhi SOP?,

“Dan kami ingin menjadi syarikat produksi yang boleh menjadi contoh kepada syarikat produksi yang lain. Apa masalah kau sekarang ni? Ke kau nak peguam aku hubungi kau sekarang?,” katanya.

Bagaimanapun, Adam telah memohon maaf secara terbuka berhubung isu dakwaan tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya, pada 14 November yang lalu.

Foto: Instagram Sheila Rusly

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here