Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kesal serta marah terhadap sikap segelintir artis dan bintang media sosial yang menjadikan isu vaksin Covid-19 sebagai bahan untuk mempromosikan produk kepada orang ramai.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut menghebahkan tentang keburukan dan kesan sampingan setelah menerima vaksin Covid-19 semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.

Munurut Michael, sikap sedemikian boleh menimbulkan rasa ketakutan kepada orang ramai yang masih belum menerima vaksin Covid-19 seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Love, Elsa ini berpendapat tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan.

“To Malaysian Artist dan Instafamous dah dah lah kau orang using ambik vaccine as a content untuk jual barang murah kau orang ya!

“Kau orang ni bodoh ke apa? Dah tahu banyak orang Malaysia takut nak ambik vaccine dan kau orang boleh takut2kan orang dengan buat buat video lepas ambik vaccine kau sakit nak mampus lepas tu hujung hujung video kau, kau orang jual barang bodoh kau!

“Tahu lah kau orang nak berniaga tapi sensitive la sikit dengan what is going on! Sakit hati pulak aku tengok kenapa ada lagi orang bodoh macam ni kat muka bumi!

“Don’t’ ambik kesempatan on this matter! Apoooooo idiot naw naw eh kau orang!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Foto: Instagram Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here