Baru-baru ini tular satu rakaman video yang memaparkan bintang media sosial terkenal, Viviana Abdullah yang mendedahkan sikap dua selebriti terkenal, Fazura dan Neelofa yang tidak diketahui ramai.

Menerusi rakaman video tersebut, Viviana atau lebih mesra dengan panggilan Vee mendedahkan perkara tersebut berdasarkan pengalaman dirinya yang pernah berkerjasama dengan kedua-dua selebriti terkenal sebelum ini.

Vee berkata, meski Fazura adakalanya bersikap diva namun pelakon jelita ini amat menitikberatkan soal peminatnya.

Selain itu, Vee memberitahu bintang filem Pisau Cukur ini sangat bersikap merendah diri dan amat menyayangi peminatnya.

“Fazura, saya dah berkerja dengan dia jadi saya tahu. Apa yang saya komen adalah apa yang saya dah nampak dan rasa sendiri. Jadi ambil apa yang saya cakap ini sebagai satu garis pengukur untuk anda turut serta tak suka.

“Saya bercakap sebab saya dah berkerja dengan mereka, saya dah tengok dengan biji kepala mata saya sendiri jadi saya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi saya. Jangan salah anggap.

“Fazura dia adalah seorang yang sangat baik dan dia tahu bila dia nak atau tidak berkelakuan diva. Itu bagusnya Fazura. Setiap orang dalam diri mereka ada suiz off dan on bila dia nak berlagak.

“Tapi setengah orang bila dia dah on suiz berlagak tu dia nak berlagak sahaja sepanjang masa. Orang yang macam ni dia pergi mana-mana tempat dia akan berlagak, kau rasa nak muntah nak ludah. Fazura taka da benda tu.

“Fazura sangat humble, dengan peminat dia paling jaga sekali dan dia tidak plastik. Dia tak akan plastik dengan peminat. Cumanya bila dia berkerja dia agak tegas, sangat tegas! Saya pun tegas sebab kita nak yang terbaik apa yang kita buat.

“Dengan peminat dia memang jaga betul-betul sebab dia tahu tanpa peminat dia tak akan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Vee turut memberikan komen dan berkongsi pendapat sikap Neelofa yang sering menjadi perhatian peminat.

Jelasnya, penampilan luaran tidak mencerminkan individu berkenaan tergolong dalam kalangan orang baik dan orang ramai seharusnya menilai seseorang daripada pelbagai aspek.

“Kalau Neelofa, maaf. Next chapter please. Itu sahaja saya boleh cakap. Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab pakai tudung kan tak boleh kata, macam korang pakai tudung tak boleh kata. Korang terus lah tertipu, silakan. Pergi, nak agungkan, agungkan. Pakai tudung sahaja nak agungkan.

“Nak suruh saya istiqomah saya tak mampu sebab saya dah berdepan benda ni. Itu bukan contoh yang terbaik sama ada mengenakan hijab atau niqab. Saya kalau ada anak, dia lalu saya tutup mata anak saya. Walaupun penampilan luaran itu bagus tapi saya tutup juga.

“Itu sahaja yang saya boleh cakap. Saya dah lalui dan berkerjasama dengan mereka jadi saya dah dengan biji mata saya sendiri. Tak boleh nak kata-kata lebih nanti korang cakap saya sengaja nak memburukkan,” katanya lagi.

Foto: Carian Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here