Tidak dinafikan, untuk berhadapan dengan fasa selepas penceraian dalam rumah tangga bukan satu perkara mudah untuk diharungi oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Pelakon, Nadia Brian misalnya antara selebriti tanah air yang pernah mengalami penceraian dalam rumah tangga ada berkongsi cerita serta membincangkan topik bertajuk ‘Kecewa Ada Tarikh Luput’ bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung TV3, pada Isnin.

Menerusi rancangan yang dihoskan oleh Fiza Sabjahan dan Fahrin Ahmad itu, Nadia mengakui wujud perasaan kecewa dalam diri setelah penceraian itu berlaku.

“Bagi saya, kita sebagai seorang manusia tidak boleh lari daripada perasaan kecewa, macam saya yang pernah melalui fasa penceraian yang sangat sedih serta kecewa.

“Jadi untuk saya hilangkan rasa kekecewaan itu saya duduk dalam persekitaran yang positif, banyak melakukan aktiviti yang boleh melupakan perasaan kecewa itu,

“Tidak ada istilah berapa lama untuk kita ‘move on’ sehingga sekarang pun perkara itu tidak boleh dilupakan tapi proses itu lebih memainkan peranan,” katanya.

Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun ini berkata dia sentiasa berfikiran positif dan mendekatkan diri dengan Allah SWT untuk menghilangkan rasa kecewaan serta kesedihan tersebut.

“Macam saya sendiri, kita kena tukar cara pemikiran kita sebab kita kena faham kekecewaan itu semua orang pernah melaluinya,

“Kalau kita menyusun pemikiran kita dengan terhadap satu perkara yang sangat sedih, jadi berapa lama kita nak kena rasa kecewa tu?

“Jadi, kita kena sentiasa positif, luahkan dan dekatkan diri dengan Allah. Kita kena berdoa pada Allah sebab setiap yang berlaku dalam hidup kita itu semua adalah ketentuan yang sudah tertulis,

“Jangan ambil masa yang lama untuk hilangkan rasa kecewa tu sampai kita tidak berbuat apa-apa,” katanya lagi.

Imbas kembali, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Muizz Nasruddin, pada 9 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pasangan ini telah bercerai pada 2 April lalu.

Foto: Instagram Nadia Brian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here