Siapa sahaja tidak mengenali dengan selebriti jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta yang sering menjadi perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini ada memuat naik satu rakaman video ketika dia sedang mengupas sebiji buah Durian.

Mencuri perhatian ramai apabila ibu kepada tiga orang cahaya mata ini kelihatan hebat apabila mengupas buah durian tersebut dengan memegangnya tanpa rasa takut dan berani.

Dalam pada itu, pelakon berusia 48 tahun ini mendedahkan dirinya amat gemar menikmati buah Durian.

“Siapa hantu durian macam kami? Pantang nampak tequih nk qhasa… Hampa jgn ingat kami ni tak qeti kupaih deqeyan tau … kat qumah ni kami paling jantan drpd jantan2 hat dok adaaaaa,

“Paling penting, tudung bawal che ta @mazascarves mesti letups pakai terletak matching dengan baju kelawaq kami. Yaaaaa! Nampak mahai tapi harga marhaen jaaaa! DM @mazascarves lekaihhh! Beli semua kaler!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan teruja kebolehan yang ditonjolkan oleh Che Ta itu.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here