Bagi anda yang sering mendengar segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM, sudah pasti kenal dengan penyampai radio Jep yang digandingkan bersama rakan penyampai iaitu Angah dan Rahim.

Menerusi satu entri di akaun rasmi Instagram Sinar FM, ada seorang pendengar yang telah memberikan kritikan terhadap cara penyampaian Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin di stesen radio berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Individu tersebut berpendapat cara penyampaian Jep sebagai penyampai radio harus ditambah baik dengan mengurangkan unsur loyar buruk dalam penyampaiannya.

Selain itu, individu ini menyifatkan suami kepada pelakon Sari Yanti ini bersikap kurang matang gara-gara penyampaiannya

“Jep kena kurangkan unsur loya buruk dlm penyampaiannya ..kadang kala dengar mcm kurang matang..producer @sinar_my kena pantau selepas ni,” tulisnya menerusi ruangan komen entri tersebut.

Sekadar informasi, segmen Pagi Di Sinar berkeuadara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, seawal jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Foto: Instagram Sinar FM, Jep

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here