Baru-baru ini, bintang media sosial terkenal Ryzal Ibrahim telah menerima kritikan serta kecaman daripada netizen gara-gara tindakannya yang gemar berkongsi hal peribadi rumah tangganya di laman media sosial.

Ini kerana, bintang media sosial kelahiran Kelantan itu sebelum ini pernah mendedahkan mengenai isterinya Maryam Younarae yang mengalami kemurungan sehingga mahu membunuh diri.

Menerusi satu twit yang dimuat naik oleh seorang individu di laman media sosial Twitter, individu ini menyifatkan tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang suami.

“I think si Ryzal Ibrahim tu tak patut share private things like this. Wife murung dan berfikiran nak bunuh diri tu personal info that the public don’t need to know.

“Kenapalah kau buat isteri kau mcm tu. Mempergunakan dia utk clout n fame. Please la stop. Kesian Maryam,” tulisnya.

Lantas, perkongsian individu berkenaan telah mendapat perhatian netizen di samping meluahkan rasa kesal atas tindakan bintang media sosial tersebut.

Sebelum ini, Ryzal pernah mencipta kontroversi selepas didakwa telah mempersedakan dan menghina pakaian tradisional kaum Iban di Sarawak, pada bulan Mei lalu.

Bagaimanapun, Ryzal telah memohon maaf secara terbuka atas kesalahan dirinya itu.

“Sama-Sama Kita Jaga Tradisi Ini & Sayang Sesama Sendiri,”- Isu Tidak Menghormati Kaum, Raja Ilya Titip Nasihat

Foto: Instagram Ryzal Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here