Baru-baru ini, tular di laman media sosial satu rakaman video yang memaparkan seorang individu yang mengalami masalah kesilapan teknikal ketika sedang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Malah, rakaman video tersebut turut telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Lalu, pelakon dan usahawan Zoey Rahman ada memberikan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berpendapat masalah kesilapan tersebut tidak mustahil berlaku kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu negara menangani penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Zoey menasihati kepada orang ramai untuk memeriksa sebelum dan selepas picagari suntikan vaksin Covid-19 yang disediakan oleh petugas barisan hadapan.

Difahamkan, individu terbabit telah menerima suntikan ulangan vaksin Covid-19, semalam.

“5:28 what’s going on ? Human error memang akan berlaku kalau dah terlalu penat atau apa2 lagi sebab pun. Yela, berdiri kat luar panas2 n lama2 kot. Orang tu dah dapat dah pun dos ulangan dia tu hari ni.

“So Korang yang akan divaksinasi, minta vaccinator tunjuk dulu syringe vaksin sebelum n selepas dicucuk. Check betul2,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

Foto: Instagram Zoey Rahman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here