Baru-baru ini, isu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di seluruh negara telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.

Rata-rata netizen mengharapkan pihak kerajaan untuk melaksanakan PKP sepenuhnya bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang kini kian meningkat saban hari.

Penyanyi dan usahawan, Mila Jiri nada memberikan pendapat mengenai perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Mila atau nama lengkapnya Norsyarmilla Jirin menyifatkan pihak kerajaan tidak seteruk yang disangka kerana pelbagai bantuan kepada rakyat telah diberikan oleh pihak kerajaan meski tidak melaksanakan PKP sepenuhnya.

“Harini #Trending hashtag #kerajaangagal Pendapat korang?? Pendapat saya Sejujurnya, pendapat saya, Ujian COVID ni buat semua, apa yang kita lihat, dengar, baca mungkin tak sama dengan apa yang sedang berlaku.

“Saya pun tak terkecuali ada ketika MARAH dengan Kerajaan bila buat LOCKDOWN pertama kali dulu 1.0 dan 2.0 dulu sebab telah menyebabkan kerugian yang sangat banyak kepada syarikat… tapi itu persepsi dulu kini saya lebih banyak REDHA dan ikut apa yang Allah dah aturkan sebabnya saya berdialoq dengan diri saya :

“Dengan izin siapa siapa covid ini? Dengan izin Allah, ia muncul kemuka bumi mungkin asbab murka sangat dengan kita – kita marah marah marah, marah siapa sebenarnya?? Marah kerajaan?? Bukan kerajaan yang wujudkan covid tu, so kita marah siapa?? Marah Allah???”

“Saya ada pekerja di Vietnam dan China, Saya dengar rintihan mereka tentang perniagaan dan bantuan, apa yang saya boleh simpulkan, kerajaan kita ni tak lah teruk sangat (saya bukan side mana mana politik) ianya bersifat neutral. Sebab apa? Sebab kerajaan kita keluar juga dana dana nak bantu kita walaupun tak mewah macam negara negara besar. Subsidi upah, prihatin sana sini Alhamdulillah membantu..,” tulisnya.

Dalam pada itu, juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima ini berharap agar orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Walaupun frust sebab tak dilaksanakan full lockdown, tapi lepas baca kesan terhadap mental health dan lain lain, saya akur. Sekarang ni, kita rakyat, jom lah MAINKAN PERANAN kita. Duduk rumah, buat SELF LOCKDOWN agar dapat kita bantu KKM dan GOV untuk putuskan covid.

“Kasihan lah kami peniaga dalam sektor sosial yang terkesan, pendapatan up and down, tak dapat berniaga and kerugian yang sangat tinggi. Kami juga ada pekerja untuk di uruskan. Kita BANTU kita, duduk rumah, itu sahaja yang kita mampu lakukan secara fizikal. Selain doa moga Allah hapuslan COVID 19 ni jauh jauh.

“Maaf andai pendapat kita tak sama, tapi kita manusia asas nya tetap sama, untuk hadirkan KESYUKURAN, kita kena lihat orang yang lebih susah dan teruk dari kita, bukan lihat mereka yang lebih senang atau kaya dari kita. Kita juga di medan perang, perang covid so lets all together we fight covid betul betul! We love Malaysia Hanya pendapat hamba Allah yang jahil, segala puji milik Allah,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Foto: Instagram Mila Jirin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here