Selebriti terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim mengakui berasa takut untuk menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer selepas mendengar pelbagai khabar angin mengenai keburukan vaksin seperti yang diperkatakan di laman media sosial.

Bagaimanapun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Sarimah tetap meneruskan untuk menerima suntikan vaksin berkenaan pada Ahad.

Dalam pada itu, Sarimah memaklumkan dirinya mengalami kesan sampingan seperti demam selama dua hari selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

“Cuak for the second Pfizer dose because of all the horror stories out there kan…. BUT it was fine Alhamdulillah!  When it first went in..rasa panassssss  Then all good! a slight fever and hot for 2 days and we are Fine now!

“Yang penting …i checked “ jangan inject kosong je lah ” The nurses were great. Frontliners are the BOMB. Respect,” tulisnya.

Pada masa yang sama, bintang berusia 43 tahun ini menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada meski sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

“So now we are Fully vaccinated.. still gotta be careful sebabnya kita masih boleh jadi ‘rumah’ pada virus ni.. so Walaupun tak ada simptom.. masih boleh jangkit orang lain…so let’s all be careful!,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here