Umum mengetahui, pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia telah memberikan kesan serta menjejaskan kehidupan orang ramai.

Pelakon dan pengacara Nabila Huda misalnya, ada meluahkan rasa berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang masih berkuatkuasa di seluruh negara dalam usaha pihak kerajaan membendung penularan wabak Covid-19.

Ini kerana, kes positif Covid-19 masih belum lagi menunjukkan penurunan meski sudah 3 minggu PKP 3.0 dilaksanakan.

Menurut Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, kesan perlaksanaan PKP 3.0 telah menyebabkan dirinya berasa amat rindu untuk melancong di luar negara.

“Dah berapa lama dah kite macam ni? How many days, months of MCO ? Sumpah abil terlalu rindu nak travel..Korang tau kan usually lepas settle satu project,mesti abil akan terus travel. Dalam setahun few times i akan pergi anywhere yang i rasa i nak pergi to fulfill my bucket list.

“I miss the beaches so much.. i miss my tanned skin, i miss diving, i miss talking to strangers nak dengar pengalaman hidup yang berbeza, i rindu long flights, i rindu winter season, i rindu nak pergi mountains, camping, travel by train, road trip, rindu nak bagpacking,

“rindu nak buat outdoor activities, water rafting, rindu moments nak tau pasal different culture, rindu nak tengok sunset kat tempat yang berbeza, rindu moments bangun lambat nak pergi airport, missed the flights, buat hal extend trip.

“There’s so much place yang i belum sempat nak pergi lagi. Ada banyak lagi bucket list. I miss chasing the nothern lights. I miss jetlag, i miss fall asleep under the stars. I miss italy. I miss bali. I miss my family and good friends in singapore. I really miss travelling so much,” tulisnya.

Akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Abil tetap bersyukur dengan perlaksanaan PKP ini kerana dirinya kini berpeluang untuk meluangkan masa yang lebih bersama keluarganya.

“How many days and years kite nak kena go through lagi..? Setiap hari bila abil fikir benda ni,setiap kali tu jugak i cakap dalam hati, it’s ok,bersabar..Sikit lagi..Everytime i tengok number case makin tinggi, lagi sekali i calm myself, it’s ok,sikit lagi..But the truth is, lama lagi…

“bukan i tak happy, or stress. I’m happy to stay at home with my family. Ini lah waktu yang paling lama i dapat spend time with my husband and my daughter selama i hidup. Waktu paling lama i berada dalam rumah tanpa berkerja and i hargai setiap waktu tu dengan gelak ketawa.

“I had so much fun at home. I just miss travelling. That’s all.. Saja nak luahkan perasaan..Anyway, Selamat pagi semua! Have a great day ahead..,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Foto: Instagram Nabila Huda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here