Saban hari di laman media sosial kini dilihat semakin ramai yang meluahkan rasa marah serta pendapat masing-masing terhadap tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Bukan sahaja menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat, golongon selebriti tanah air juga turut ada berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut.

Pelakon Lana Nordin misalnya berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan tidak menunjukan sebarang perubahan positif meski pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah dijalankan.

Oleh itu, Lana menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mengambil langkah yang sewajarnya agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

“MMDG&W sangat sokong, walaupun bahasa dia agak kasar sebab marah tapi dia ada point!! RAKYAT need to wake up, they are taking slowly advantage..kes 5k from kluster kilang seluruh malaysia lockdown!!

“Wasted almost 1 year of my whole life duduk penjara dalam umah, sampai ada sektor boleh bukak ada sektor tak boleh bukak, paling sedih nampak sangat politik bile section barang nak jual tu pun ada yg boleh ada tak boleh??

“MENGARUT! PAKAI MASK DARI HARI PERTAMA MASIH KES TINGGI, ADA SOP YG LEBIH KETAT DARI NEGARA MANE2 PUN SAMA TINGGI JUGAK KES, SAHIH PUN TAK TAU DARI MANE ANGKA YG DIA ORG KIRA,KITA PUN TAK TAU WALHUALLAM

“sebab tau tau je oh sambung pkp lagi, tak boleh bukak business hanya kelas kayangan je boleh bukak business!!!! This is BULLSHIT!,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Foto: Instagram Lana Nordin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here