Baru-baru ini, pakar bedah Dr. Amalina ada memberikan komen serta pendapat terhadap perkongsian pakar motivasi terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad yang membahaskan topik mengapa kaum wanita sering dapat bertemu jodoh.

Menerusi satu rakaman video yang telah tular di laman media sosial, Muhaya menyarankan kepada kaum wanita untuk tampak sedikit ‘bodoh’ sekiranya ingin dipertemukan jodoh.

Lalu, Amalina atau nama sebenarnya Nur Amalina Che Bakri meluahkan pendapat kurang setuju dengan nasihat yang dilontarkan oleh pakar motivasi tersebut.

Lalu, Amalina memaklumkan telah menerima kecaman serta kritikan daripada netizen terhadap tindakannya itu.

“Kehidupan kau pun dah rosak ada hati nak tegur dr muhaya, jangan perasan bagus la,” tulis seorang netizen.

“Bangga sangat kau ni kahwin mat salleh….kepala but*h lah…setakat pangkat doktor je pun…” marah seorang netizen.

“Ohh ni betina sund*l jalang sial yang tak faham bahasa melayu tu? Hahaha kesian tak faham bahasa kiasan. Rugi jadi doktor , sudahnya bangang jugak..” tulis seorang warganet yang lain.

Foto: Intagram Dr. Amalina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here