Personaliti televisyen dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya ada memberi kata nasihat buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin menerusi segmen Ilham Sanubari di stesen radio Buletin FM.

Fedtri berpendapat ada segelintir pasangan suami isteri yang berkahwin atas dasar rupa paras dan bukan kerana perasaan cinta yang ikhlas lahir dari hati.

Malah, Fedtri juga tidak menafikan rasa cinta itu boleh berubah dan hilang apabila umur sudah meningkat naik dan tidak lagi memiliki perwatakan yang menarik seperti di usia muda perkahwinan.

“Ketika muda ramai yang tertarik dengan paras rupa, pilih yang cantik, anggun, tampan, sado tapi apabila meningkat usia sudah berkedut, beruban cinta pada fizikal mungkin tiada lagi,” katanya.

Hos rancangan Malaysia Hari Ini berkata, setiap pasangan harus memainkan peranan masing-masing supaya rasa cinta antara satu sama lain terus kekal dalam ikatan rumah tangga.

“Tapi yang penting perasaan yang betul-betul ikhlas. Seandainya pasangan uzur, terlantar kita pun macam sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi, komunikasi pun macam tenggelam jadi disitulah peranan paling penting setiap pasangan untuk membuatkan cinta itu terus ikhlas,

“Maka dengan ini, yang paling penting simpati itu disaluti dengan kasih yang suci dan tulus meski hubungan pasangan itu tidak lagi indah,” katanya lagi.

 

Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya, Buletin FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here