Baru-baru ini, pelakon Intan Najuwa telah menjadi perhatian ramai setelah menerima hadiah senaskah Al-Quran daripada seorang individu istimewa menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya.

Lalu, ada segelintir peminat yang membuat andaian pelakon jelita itu telah menerima hadiah tersebut daripada pelakon Zul Ariffin.

Menerusi rancangan hiburan Melodi yang bersiaran di TV3, Zul mengakui bahawa dia adalah individu tersebut.

Jelasnya, hadiah itu diberikan kepada Intan sekadar pemberian dan mahukan orang disekelilingnya turut melakukan kebaikan dengan membaca Al-Quran.

“Ya, saya yang berikan dan pada saya ia cuma sekadar Al-Quran. Saya ada banyak juga dapat Al-Quran daripada peminat saya jadi saya pun bagi lah dekat orang lain. Itu sahaja dan tak ada apa-apa pun.

“Kita boleh beri dekat sesiapapun asalkan niat kita jujur, mahukan orang tu baca Al-Quran,” katanya.

Apabila disoal mengenai status hubungannya bersama Intan, Zul tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai hal tersebut bersama peminat.

“Sejujurnya, saya tak akan beritahu apa-apa mengenai hal ini. Tapi apa yang saya boleh cakap orang kat luar sana tak perlu lah bazir masa untuk fikir jodoh saya ke, jodoh artis itu dah kahwin ke.

“Dengan peminat pun saya cakap jangan bazirkan masa dengan benda-benda macam tu, jangan risau dan bazirkan masa untuk fikir adakah akan bertemu jodoh atau tidak,” katanya lagi.

Terdahulu, pasangan pelakon ini mendapat perhatian peminat apabila digandingkan bersama menerusi drama rantaian Setelah Ku Dimiliki yang bersiaran di slot Akasia, TV3 pada tahun 2019.

Foto: Instagram Zul Ariffin, Intan Najuwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here