Selepas tular nama pelakon jelita Fazura di laman media sosial Twitter, ada segelintir warga maya yang ada berkongsi cerita dan membandingkan sikap aktres berkenaan bersama dengan pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor.

Insiden ibi berlaku selepas bekas hos rancangan MeleTOP ini telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM60,000 atas dakwaan pelanggaran SOP pada majlis perkahwinannya pada 26 Mac yang lalu.

Malah, netizen juga menyifatkan tindakan Neelofa yang gemar menghebahkan bantuan kepada orang ramai sebagai satu sikap yang tidak patut untuk dilakukan.

“2020 : Zarina An Joulie thank Fazura for the cash transfer.

“2021 : Neelofa tells the nation that she gonna help the abang burger after getting trolled by netizen.

“So yea, Neelofa seek for attention and chasing the clout, while Fazura keep it real..” tulisnya.

 

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang memuji keperibadian Fazura yang tidak menghebahkan bantuan yang pernah diberikan kepada orang ramai.

Malah, netizen turut menyifatkan tindakan isteri kepada pelakon Fattah Amin ini sebagai satu sikap yang murni.

“Sampai harini Fazura tak bercakap langsung isu dia tolong/derma pada Zarina Anjoulie . Kita boleh nampak keikhlasan dia kat situ . Malah dia tak up apa2 in her social media . So kita sendiri boleh nilai,” tulisnya.

 

Foto: Instagram Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here