Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie meluahkan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus membantu negara dalam menangani pandemik Covid-19.

Tambahan pula, kes positif harian Covid-19 masih belum menunjukkan sebarang penurunan meski sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan di seluruh negara.

“5812 CASE HARI NI! Dah nak SEBULAN LOCKDOWN, case number tak turun2. Kita dah penat duduk rumah, how about our frontliners? PENAT GILA RASANYA!

“I think we should cheer them up a little, i macam nak give them some presents at all major hospitals. Who’s joining me? CLICK LINK ON BIO, Thank you Jovianista,” tulisnya.

Sebagai tanda penghargaan, Jovian memaklumkan bakal menghadiahkan pelitup muka jenamanya kepada petugas barisan hadapan, mulai esok.

Lalu, Jovian ingin memohon sokongan dan sumbangan daripada orang ramai untuk menderma sambil beramal.

“Jika diberi izin, saya akan mula hadiahkan Jovian mask kepada hospital-hospital besar, PPV dan pusat-pusat Frontliners mulai esok.

“Sokongan dan bantuan anda semua sangat di hargai. JOM! HADIAHKAN FRONTLINERS KITA bersama-sama! Click link on bio to donate now,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murni yang ditonjolkan oleh pereka fesyen berusia 34 tahun itu.

Foto: Instagram Jovian Mandagie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here