Sudah menjadi lumrah hidup sebagai seorang selebriti, setiap gerak-geri dan tingkah laku akan sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Sebagai seorang pelakon yang dikenali ramai, Intan Najuwa turut menghadapi situasi sedemikian dan kini dilihat sering menerima pelbagai komen daripada peminat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, terdapat satu komen daripada seorang pengikut di laman media sosialnya memberikan pendapat terhadap tingkah laku figura berusia 23 tahun itu.

Di samping memuji kejelitaan Intan, Individu tersebut berpendapat tidak salah sekiranya ingin memberikan teguran namun harus dilakukan dengan cara yang betul.

Selain itu, individu berkenaan menyarankan kepada orang ramai tidak menghina dan memberi kata cacian sekiranya ingin memberi nasihat.

“Saya nak bagi pendapat je. Saya pon bukannya baik sangat. Saya memang suka dengan lakonan Intan dan juga orangnya. Dia cantik dan memang ramai orang suka pada kecantikan.

“Saya setuju memang pakaian dia tidak melambangkan agama yang dianuti. Sebagai followers dia, jika anda tidak suka dan tidak mahu dikatakan bersubahat bolehlah DM dia tegur.

“Dan jika tidak diendahkan bolehlah terus unfollow dan berdoa untuk dia berubah supaya tidak tergolong dalam orang yang bersubahat. Tak payahlah kita hina atau cerca cara dia. Kita mungkin nampak baik sebab Allah tutup aib kita. Semoga semua dilindungi Allah. Stay safe,” tulisnya.

Foto: Instagram Intan Najuwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here