Seperti sedia maklum, situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh negara telah memberikan kesan buruk kepada orang ramai termasuk dengan golongan selebriti tanah air.

Bukan itu sahaja, ekoran situasi yang melanda ini telah menjejaskan ekonomi dan sumber pendapatan orang ramai.

Menerusi akaun media sosial Instagram, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad ada memberi kata nasihat mengenai perihal tanggungjawab dalam soal bayaran hutang kepada peengikutnya.

Jelasnya, sebagai seorang yang beragama Islam adalah diwajibkan untuk melunaskan tanggungjawab sekiranya berhutang dengan orang lain.

“Kita sebagai umat Islam perlu tau tanggungjawab “HUTANG WAJIB DIBAYAR”. Nabil faham dlm keadaan pandemik sekarang ni, ramai orang terjejas terutama dari segi kewangan.

“So Nabil nak share dg korang initiative bantuan bayaran balik pinjaman yang dah sedia ada untuk meringankan beban kita. Jangan risau, kalau perlukan kepastian rujuk/call/website bank-bank anda, Bank Negara Malaysia (bnm.gov.my/RA).

“Kalau yang dah ada hutang tertunggak lebih 90 hari boleh juga rujuk AKPK (Agensi Kaunselling & Penguran Kredit). Jangan pulak korang pegi dapatkan nasihat dari orang yang tak bertauliah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengacara berusia 38 tahun ini menyarankan kepada orang ramai untuk berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat.

“Nak PESAN, kalau korang mampu bayar hutang sila teruskan. Kita bagi ruang pada mereka yang memerlukan.

“TAPI INGAT! kalau dapat Moratorium tu pastikan belanja secara berhemah. JANGAN pi invest sana-sini pulak, jangan salah guna kemudahan. HAAA LU PKPK LA SENDIRI!”,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Foto: Instagram Nabil Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here