Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa menjadi bualan hangat di kalangan netizen selepas didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Bukan sahaja mendapat perhatian daripada kalangan netizen, perkara tersebut turut mendapat perhatian rakan selebriti.

Hos dan pelakon senior, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA misalnya, ada meluahkan pendapat terhadap tindakan usahawan berusia 32 tahun itu.

Di samping memuat naik sekeping foto keratan artikel membabitkan usahawan terkenal itu, Diva AA turut memberikan komen negatif mengenai isu sensasi tersebut.

“KO BARU GELUPUH NAK SEDAR ? 2 X 5 ? 5 X ! GTHHHH PUIII! KO JGN INGAT KO ADA 7 JUTA FOLLOWERS? SEMUA LIKESSS KO ? MUHASABBAH WEIII!

“KELANTAN BILA PRASAN POWER ! TAG ALL POKIMAKKK DPT RM200! TC APPLIES ,” tulisnya menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

https://twitter.com/divaaatersohor/status/1379391637315534859?s=21

Lantas, perkongsian hos berusia 55 tahun ini telah mendapat reaksi pelbagai daripada warganet.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Diva AA tersebut.

Sekadar informasi, Neelofa dan suami, Haris Ismail dimaklumkan telah merekodkan keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin lalu.

Foto: Twitter Azwan Ali, Instagram Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here