Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun mendedahkan hubungan percintaan dengan seorang selebriti media sosial Indonesia telah berakhir.

Difahamkan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohammad Hafiz Hamidun telah mula menjalinkan hubungan bersama wanita dari negara seberang itu yang sekitar tahun 2019.

Bagaimanapun, Hafiz memberitahu hubungan bersama wanita yang berstatus janda itu tidak dapat diteruskan kerana sukar untuk memberi komitmen pada hubungan jarak jauh terutama selepas penularan pandemik Covid-19.

“Sebenarnya hubungan itu sudah berakhir dan terputus disebabkan berlakunya pandemik Covid-19 ini yang membuatkan kita tidak boleh untuk berjumpa semua orang

“Jadi komitmen hubungan jarak jauh ini tidak dapat diteruskan, susah sebenarnya untuk teruskan dalam keadaan pandemik ini,

“Jadi saya rasa adalah lebih baik untuk saya fokus kepada kerjaya dan keluarga kecil saya buat masa ini. Tambahan pula sekarang saya sudah memiliki anak angkat,” katanya ketika ditemui di satu sidang media pelancaran album terbaharunya pada Jumaat.

Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama.

Selepas itu, penyanyi berusia 37 tahun ini telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Hamdee Abdul Hafiz yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Dalam perkembangan lain, Hafiz telah muncul buah tangan terbaharu iaitu Zikir Terapi Acapella yang merupakan album studio kesembilannya.

Album berkenaan telah diberi nafas baharu daripada album Zikir Terapi Diri yang dilancarkan pada 2011 dan telah terjual lebih 1.5 juta unit sebelum ini.

Foto: Instagram Hafiz Hamidun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here