Pelakon, Dayana Roza ada berkongsi cerita mengenai kucing peliharaannya yang bernama Dinda bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin mendedahkan Dinda ini merupakan seekor kucing jalanan ketika dijumpai oleh ibunya.

Lalu, pelakon berusia 30 tahun ini telah membuat keputusan untuk mengambil Dinda sebagai haiwan peliharaan gara-gara berasa bosan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0), yang mula dijalankan pada bulan Mac tahun lalu.

“DINDA peneman setia D kat rumah. kemana D pegi pun mengikut je. masuk toilet pun ikut! dinda ni kucing biasa tepi jalan je. masa 1st PKP dulu nak sangat bela kucing sbb bosan,”

“so plan la nak beli kucing. then 1 hari tu umi D call cakap ada kucing beranak kat APM. ada 4 ekor anak kucing. umi send la gambar, terus D cakap nanti bawak balik.

“fikir balik takpe la. baik adopt kucing tu. jaga dia bg makan elok2. dulu dinda ni halus je kurus & comot,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini meluahkan kesal apabila tidak berpeluang untuk menyelamatkan ibu serta adik beradik Dinda yang lain kerana difahamkan telah mati.

“tak lama lepas adopt dinda umi cakap diorang jumpa mak dinda dah mati. adik beradik dia semua takde. mak dia mati luka2 satu bdn. macam kena gigit anjing. maybe nak protect anak2 dia

“rasa menyesal tak ambik semua adik beradik dinda. dinda je selamat smpai sekarang. terlebih makan & manja. rezeki dinda. sayang sangat kat dinda. bijak budak ni. panjang akal  kalau 1 hari nanti dinda takde mesti D sedih sangat2. ish tak boleh imagine

“siapa ada kucing mesti faham perasaan sayang kat kucing macam mana kan?,” tulisnya lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Foto: Instagram Dayana Roza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here