Penyanyi dan usahawan, Lufya Omar telah meraikan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Laana Haura yang kini sudah genap menjangkau usia 4 tahun.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Lufya dilihat telah meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya itu dalam serba ringkas bersama sebiji kek.

Dalam pada itu, Lufya turut menitipkan ucapan serta mendoakan anaknya menjadi seorang yang berjaya dan dilimpahkan kasih sayang daripada Allah SWT.

Pada masa sama, ibu tunggal ini memberitahu bahawa dia akan sentiasa berada disisi anaknya ketika susah mahupun senang.

“Mummy doakan Haura jadi anak yang pintar berjaya dalam pelajaran dan memiliki karakter yang baik dan disenangi orang ramai.

“Semoga Haura membesar dengan baik, dilimpahi dengan kasih-sayang Allah sbt. Segala yang baik dan dan terbaik untuk anakku Laana Haura.

“I will always be by ur side through good and bad times. Through thick & thin, i’ll always be there for you Happy birthday sayangku #hauraturns4,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Sekadar informasi, Lufya telah mendirikan rumah bersama, Dr Che Muhammad Hafiz pada tanggal 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Lana Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.

Foto: Instagram Lufya Omar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here