Baru-baru ini, nama selebriti Kiah Propa telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas membuat kemunculan secara mengejut di pentas akhir program Big Stage 2022, pada Ahad lalu. 

Bukan itu sahaja, Kiah juga dilihat secara tiba-tiba telah berjalan keluar dari belakang pentas lalu terus menuju posisi hadapan Juri Netizen yang diduduki oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ketika program tersebut bersiaran langsung. 

Situasi yang berlaku nyata telah menimbulkan rasa cemas dan gementar orang ramai khususnya bagi mereka yang menyaksikan secara siaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Namun, difahamkan kemunculan Kiah itu adalah merupakan satu gimik kejutan yang dilakukan bagi mempromosikan sebuah drama rantaian terbaharu berjudul Jangan Menangis Cinta, terbitan Astro. 

Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, Kiah memberitahu bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak produksi. 

Tambahnya lagi, sebagai seorang pelakon dia harus melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak yang telah diberikan kepadanya.  

“PEGANG TEGUH PADA WATAK YG DIBERI… AYANG BT SATNA @dramajanganmenangiscinta Arahan @rajamukhriz karya hebat @sitirosmizahsemail

“Tidaklah bangga wataknya sebegitu..hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang pelakon..Terima kasih Malaysia kerana menerima saya..,” tulisnya. 

Selain Kiah, Jangan Menangis Cinta ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Remy Ishak, Rita Nadira, Atilia dan ramai lagi. 

Drama bersiri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, bermula 21 Mac lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here