Jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan, Coolblog telah mengambil langkah pembaharuan untuk pemasaran penjenamaannya dengan membuka beberapa cawangan baru di kawasan bandar-bandar utama seluruh negara.

Meski harus bersaing dengan jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan yang terkenal, Coolblog yakin langkah ini mampu mengekalkan peminat setianya berasa teruja dan tidak terlepas untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka.

Terbaru, Coolblog kini telah membuka cawangan ke-263 di pusat membeli-belah Ampang Point pada Sabtu. Pembukaan ini adalah cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021 dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, berkata, “Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda,

“Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan,” katanya.

Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd.

Turut hadir ialah Datuk Dr.Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.

Tunku Ali berkata, “Sebagai syarikat tempatan, kami amat berbangga melihat betapa setianya pelanggan kami terhadap jenama dan produk kami.

“Walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, Coolblog tetap utuh bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen warga kerja kami serta sokongan yang berterusan dari francaisi kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun,” katanya.

Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, sila kunjungi platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here