Pelakon, Datuk Fizz Fairuz ada berkongsi satu cerita dirinya telah menjadi mangsa kepada sindikit penipuan ‘Scammer’ sehingga mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM18,000.

Apa yg berlaku ada hikmahnya,apapun aku still positif.. sebab aku ada undang2,aku nk keadilan.. lepas buat report,rupanya ramai lagi kena scam ngan mamat ni.. pengajaran..

‘lepas ni jgn percaya org dah,luar nampak baik,tapi hati busuk macam setan.. musibat betul @almynadiaofficial,” tulisnya.

“Bad day today…selama ni aku dengar orang kena scam, kali ni aku kena scam 18k adoiii…cilaka betul la, amik kesempatan atas orang lain..,

“Katanya ada tender open, rupanya bila check dengan DBKL takde pun.. puiiiiii….apa punya manusia lah..Aku pastikan ko duduk dalam lokap,” tulisnya menerusi hantaran di InstaStory.

Lantas, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.

Selepas itu, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu pihak polis telah berjaya memberkas suspek yang terbabit dengan sindikit penipuan tersebut.

“Hope musibat tu masuk lokap main-main dengan aku cilakak betul!!! Okey mamat tu dah kena tangkap!!!! Nanti saya share muka dia.. padan muka ko, mana nak lari.. tahniah #PDRM pantas buat keje..” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Fizz Fairuz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here