Sudah menjadi kebiasaan apabila setiap kali hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri, iklan raya yang telah berjaya menyentuh hati orang ramai pasti mendapat perhatian meluas daripada warganet.

Terbaru, iklan raya berjudul Mangkut Tingkat Mak Teh yang dikongsikan menerusi laman rasmi YouTube Saji Malaysia telah mendapat perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, iklan raya ini telah memaparkan nilai kesetiaan dan kasih sayang Mak Teh kepada suaminya, Abang Din masih mekar meski telah meninggal dunia.

Melihat di ruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rasa sedih dan hiba selepas menonton iklan raya tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai juga meluahkan rasa sebak sehingga ada yang menitiskan air mata.

Difahamkan, iklan raya ini diilhamkan daripada kisah sebenar yang berkisahkan tentang kehidupan Mak Cik Saadiah Abdullah yang hampir 40 tahun menghantar kuih ke IPD Gerik sejak suaminya, Allahyarham Alias Daud dibunuh Komunis pada tahun 1975.

Iklan raya Mangkut Tingkat Mak Teh ini telah dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Fatimah Abu Bakar dan Sara Ali.

Sumber: YouTube Saji Malaysia, Twitter Zack Rockstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here