Pelakon, Jasmin Hamid ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Di samping memuat naik sekeping foto menu juadah nasi putih bersama kicap, Jasmin memaklumkan dirinya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikanNya.

Dalam pada itu, Jasmin turut memberitahu turut mendidik anaknya untuk sentiasa bersyukur dan mengamalkan cara hidup bersederhana.

“Syukur alhamdulillah kerana masih ada rezeki dari Allah dan masih dapat jamah NIKMAT ALLAH.. Saya SELERA DESA dan boleh makan apa saja, janji HALAL..

“Hendaknya zaman PENDEMIK ni, kita kena berjimat cermat.. Makan apa yang ada dan mampu. Tak perlu berlebihan dan membazir..

“TAKUT NAK KELUAR RUMAH TANPA URUSAN… Makan jelah apa yang ada, janji perut kenyang.. Syukur sebab anak-anak saya ajarkan mereka supaya makan apa saja dan sentiasa bersyukur dengan Rezeki dan Nikmat Allah..

Selain itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu ada meluahkan rasa simpati terhadap rakyat Palestine yang menghadapi peperangan di Gaza.

“Kalau kita kata kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita.. Cuba bayangkan apa yang jadi pada saudara kita di PALASTINE, bukan nak dapat fikir pasal makan, rumah pun dah tak ada. Malah ada yang kehilangan nyawa dan ahli keluarga..

“Jadi kita yang masih di berikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk menikmati NIKMAT ALLAH ni, panjatkanlah rasa SYUKUR dan TERIMA KASIH pada ALLAH..
Bila dah sakit, makanan sedap depan mata pun, dah TAK BERERTI!,” tulisnya.

Pelakon berusia 46 tahun ini mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa menjaga SOP demi keselamatan orang lain daripada terkena jangkitan wabak Covid-19.

“REZEKI ITU DARI ALLAH.. Jagalah kesihatan diri dan keluarga kita.. Bila terpaksa keluar sebab ada URUSAN PENTING , balik rumah MANDI DULU dan RENDAM BAJU.

“Lepas tu baru jumpa dengan orang yang ada dalam rumah.. Kalau rasa badan tak sihat, cepat-cepat JUMPA DOKTOR dan buat SWAB TEST.. Jangan pergi tempat ramai orang.

“Tak payah salam penumbuk bagai. Elakkan bersentuhan. JAGA JARAK dan PAKAI MASK dengan betul. Bukan bawah dagu atau bawah hidung. Cuci tangan selalu. Pakai sanitizer.. Patuh SOP. TAK KIRA PANGKAT DAN BANGSA SERTA UGAMA…

“Kita kena JAGA DIRI dan KELUARGA KITA..JANGAN HARAPKAN ORANG LAIN untuk JAGA KITA.. Selebihnya kita serahkan pada ALLAH DOA, IKHTIAR dan TAWAKAL..

“Pada yang berugama ISLAM, jangan tinggalkan surah AL -MULK. Baca setiap hari sebab ia adalah peneman kita di dalam kubur nanti..

“JAGALAH SOLAT 5 WAKTU kerana ia adalah PERKARA PERTAMA yang akan di HISAB kelak.. Teruskan berdoa pada ALLAH supaya kita semua di pelihara kesihatan dan jauhkan dari WABAK COVID ini..

“Pada mereka yang menjalani ujian ALLAH kerana WABAK ini dan kehilangan orang tersayang, saya ucapkan TAKZIAH dan kuatkan semangat untuk jalani UJIAN ALLAH ini.. Sesungguhnya ALLAH MAHA BAIK ,MAHA KUASA, MAHA MENGETAHUI, MAHA PENGAMPUN..,” tulisnya panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Foto: Instagram Jasmin Hamid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here