Hari ini, kes harian positif Covid-19 telah mencatatkan sebanyak 6,988 kes lalu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak termasuk golongan selebriti tanah air.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar misalnya berpendapat perkara ini harus diambil serius oleh pihak kerajaan meski pelbagai usaha telah dijalankan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sebagai rakyat Malaysia, bapa kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang propaganda demi kesejahteraan orang ramai.

Dalam pada itu, Fizo menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa teguh bersatu agar masalah pandemic Covid-19 yang menlanda diseluruh negara dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Makin dikurung makin menjadi! Kadang tu bila fikir mcm logik tak logik.bkn nak pertikai tapi bila smua dah lock down,rakyat dah berkorban tak kluar,berkerja sampai tahap yg sgt serious terputus makanan dan kes bunuh diri makin menjadi jadi.n day by day its getting worst.

“Apa lg yg patut kami lakukan????? Negara lain pun dilanda pandemik jugak? Tapi dah byk negara mula recover dan ekonomi mula berjalan seperti biasa.

“Sebagai rakyat kami berhak bersuara, hentikan lah propaganda politik,perebutan kuasa,rasuah berleluasa.tgk kiri kanan dan bawah sama, rakyat sampai xde makanan dah ni, bkn isu remeh.sampai bila kita nak mcm ni.

“Waktu ni la pemimpin kita sama2 bersatu,ketepikan soal kuasa dan sikap penting diri sendiri.usaha dan doa lah mcm mne pun, kalau masih ade lg sikap pecah amanah,rasuah smua,mcm mne kita nak mendapat barakah dari Allah SWT.

“Tiada niat nak tuduh atau tunding jari kpd mana2 pihak.kami sebagai rakyat telah memberi amanah kpd pemimpin dan kerajaan.diharap segala keluhan dan kesusahan rakyat menyedarkan mereka yg tidak bertanggungjwb,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here