Penyanyi, Zizi Kirana ada meluahkan rasa sedih dan sayu setelah melihat nasib kanak-kanak yang telah menjadi mangsa peperangan di Palestine.

Di samping meluahkan rasa simpati, penyanyi berusia 36 tahun ini berpendapat kanak-kanak harus memiliki kehidupan yang indah tanpa dikelilingi kekejaman peperangan.

Bukan itu sahaja, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim keenam ini menyifatkan peperangan yang berlaku di tanah Palestine sebagai satu perkara yang zalim.

“Masa Kecil Mereka Harusnya Indah Dari Segala Musim Kehidupan Yang Ada, Tapi Keindahan Itu Diragut Oleh Tangan-Tangan Yang Zalim #MyAqsaDefenders #FreePalestine,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sedih dan bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Zizi.

Foto: Instagram Zizi Kirana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here