Sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai, pelakon Ruhainies mengakui pernah berhadapan dengan situasi menerima kritikan daripada orang ramai, sebelum ini. 

Kongsi Ruhainies, perkara tersebut sudah menjadi lumrah kepada golongan selebriti tanah air berhadapan dengan situasi sedemikian. 

Namun, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dirinya memilih untuk tidak menghiraukan hal tersebut. 

“Macam saya sendiri, saya lebih memilih untuk tidak hiraukan hal itu. Sebab kalau kita terlalu memikirkan apa yang orang nak cakap fasal diri kita, kita tidak akan bahagia, 

“Jadi saya lebih pentingkan diri saya sendiri.Jika kita sentiasa nak bandingkan diri kita dengan orang lain, pada saya macam buang masa, 

“Orang kalau nak menilai ni sampai bila pun tidak akan habis sebab itu lumrah manusia,” katanya. 

Dalam pada itu, Ruhainies menasihati kepada orang ramai tidak mudah menilai serta memberikan kritikan terhadap orang lain. 

“Kita pun kadang-kadang tidak terlepas untuk berkata fasal orang lain atau menilai orang lain. Kadang-kadang kita pun ada menilai orang lain dari segi luarannya seperti pemakaian dan sebagainya, 

“Saya pun kalau boleh boleh cuba berusaha mengelak daripada bercakap fasal orang lain sebab kita tahu benda itu satu dosa kan,

“Jadi sebaiknya adalah untuk kita tidak menilai orang lain dan tidak menghiraukan apa yang orang lain nak cakap fasal kita,

“Kebanyakan orang yang suka menilai diri kita, melemparkan kata-kata tidak elok kepada diri kita adalah orang yang ada masalah jiwa,” katanya lagi. 

Ruhainies diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 untuk berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain’ bersama penonton. 

Foto: Instagram Ruhaines 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here