Penyanyi, Kaka Azraff yang kini sedang hamil cahaya mata keduai mengakui berasa bimbang untuk berhadapan situasi hamil dalam keadaan pandemik Covid-19.

Namun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff tetap yakin dan percaya dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT buat dirinya.

Penyanyi berusia 32 tahun ini berkata dia sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan kekal duduk rumah di sepanjang kehamilannya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Janjiku ini dimaklumkan oleh doktor bahawa dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 22 Februari tahun hadapan.

Gambar

Gambar

“Sejujurnya, memang ada kerisauan untuk hamil dalam keadaan pandemik. Tapi kita kena yakin dan percaya pada rezeki yang Allah berikan pada kita. Untuk berhadapan dengan cabaran hamil dalam pandemik ni memang saya kena sentiasa menjaga SOP,

“Kalau macam sekarang ni, kalau boleh memang saya tak keluar rumah langsung dan cuba untuk bertahan duduk dekat rumah sahaja. InsyaAllah saya akan cuba bertahan sampai saya melahirkan nanti,

“Kalau berdasarkan pemeriksaan doktor, InsyaAllah saya akan melahirkan anak kedua ini pada 22 Februari 2022,” katanya.

Dalam pada itu, Kaka meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Adam Azriff yang sangat memahami dengan keadaan dirinya mengalami beberapa alahan kehamilan.

“Alhamdulillah, dengan keadaan saya yang mengalami beberapa alahan ketika mengandung ni, saya berasa bersyukur sangat sebab suami banyak membantu saya.

“Dia sebagai suami memang boleh diharap dan seorang suami yang sangat memahami,” katanya.

Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober 2019.

Foto: Instagram Kaka Azraff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here