Penyanyi, Faizal Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila melihat ramai yang menjadikan laman media sosial sebagai tempat pergaduhan antara satu sama lain.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 42 tahun ini turut berkongsi beberapa keping foto komen daripada wargamaya yang memberikan kata-kata negatif sesama lain.

Lalu, Faizal menyifatkan tindakan ini tidak sewajarnya untuk dilakukan terutama bagi yang beragama Islam.

“Saya bukanlah orang yang baik. Baki hidup saya ni hanyalah mengharapkan keampunan dari Allah di atas segala dosa2 saya dan dikurangkan azab siksa saya di akhirat nnt.

“Sekarang barulah saya betul2 faham kenapa Nabi Muhammad SAW menangis untuk ummatnya apabila baginda sudah tiada kelak. Saya juga menangis melihat apa yang sedang berlaku pd ummat kita sekarang ini –

“Yang bergaduh, yg menjadi batu api, yg suka tgk org bergaduh, yg bangga menayang aib sendiri, yg memperlekehkan dan mempersendakan agama, hadith, sunnah, al-Quran dan hukum Allah. Astaghfirullahaladziim,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Gemuruh ini menyarankan kepada orang ramai untuk bersikap terbuka menerima setiap teguran serta kata nasihat daripada orang lain.

“Lebih2 lagi dgn pengetahuan saya tak mampu nk buat lebih2 kerana saya juga banyak kekurangan dan kelemahan. Tiada siapa yg sempurna, tapi kalau nk tunggu orang yg sempurna di kalangan kita untuk kita terima teguran dan nasihatnya, memang takkan bau syurga lah kita.

“Ya Allah, ampunilah kami. Peliharalah dan lindungilah kami dari penyakit hati, penyakit bodoh, penyakit sombong dan dari tersesat dari jalan Mu ya Allah.

“Kurniakanlah ilmu bermanfaat pada kami, teguhkanlah iman kami, dan janganlah Engkau menghalang hidayah dari sampai kpd kami ya Allah. Jauhilah dan selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman ini Ya Allah. Memang benar. Inilah akhir zaman,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

 Foto: Instagram Faizal Tahir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here