Pelakon dan usahawan, Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah meluahkan rasa duka apabila cahaya mata kelimanya telah dijangkiti penyakit Jaundice selepas dua hari dilahirkan pada 3 Julai lalu.

Di samping menzahirkan rasa sedih, Yatt mengharapkan peminat mendoakan untuk bayi yang baru dilahirkannya itu diberi kesembuhan.

“YA ALLAH LULUH HATI BONDA INI. IBU MANA YG TAK SEDIH MELIHAT ANAKNYA YG BARU BERUSIA 2 HARI DLM KEADAAN BEGINI.

“BAYI LELAKI BONDA YG BARU DILAHIRKAN, SEMALAM DAH DIMASUKKAN KE WAD KRN JAUNDICE (DEMAM KUNING) YG TINGGI.

“DG RENDAH HATI, MOHON SGT2 DOA DARI SEMUA AGAR ANAKANDA BONDA SEGERA SEMBUH DR JAUNDICE DAN BOLEH BALIK RUMAH KALAU BOLEH HARINI JUGA…PLEASE..PLEASE DOAKAN BABY YA.. BONDA MOHON SGT2..,” tulisya.

Selain itu, pelakon berusia 41 tahun ini tidak dapat menyimpan rasa kesedihan apabila melihat bayi kecil mengalami kesakitan akibat penyakit berkenaan tambahan pula anaknya baru sahaja berusia 4 hari.

“TAK SANGGUP TENGOK DIA BEGINI. DULU BONDA DAH LALUI SEMUA NI MASA ANAK KETIGA SUCI HAYFAA MEDINA. HAMPIR2 SALIN DARAH KRN JAUNDICENYA SGT TINGGI. PERITNYA MASA TU ALLAH JE YG TAHU, SBB TU KALAU BOLEH DAH TAKNAK HADAP LG BENDA YG SAMA.

“MUNGKIN BG SESETENGAH IBU, BOLEH TAHAN SEMUA NI..MUNGKIN DAH BIASA DG ANK2 YG JAUNDICE. TAPI BONDA NI MMG TAK KUAT BAB2 ANAK SAKIT. LEBIH2 LG BAYI BARU LAHIR.

“TAK SANGGUP TENGOK SETIAP KALI TANGAN KECILNYA DICUCUK JARUM TAJAM UTK DIAMBIL DARAHNYA. DAN DILETAKKAN DI BAWAH CAHAYA BIRU DLM KEADAAN TIDAK BERBAJU BERJAM2 MALAH BERHARI2 LAMANYA. YA ALLAH AKU TAK SANGGUP..,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Yatt juga turut meminta petua dan tips untuk masalah penyakit tersebut daripada peminatnya.

“BONDA SDG CARI PENAWAR UTK REDAKAN JAUNDICE BABY BOY BONDA. DOAKAN BONDA YA.
YA ALLAH, SEMBUHKANLAH SATU2NYA PUTERAKU INI DG SEGERA,” tulisnya lagi menerusi hantaran di Instagram.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here