Beberapa hari yang lalu, pengarah Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo ada berkongsi cerita perihal menantunya pelakon Elisya Sandha yang kini sudah semakin memahir memasak.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Jinggo memaklumkankan bahawa adik kepada aktres Fasha Sandha itu kini sudah pandai memasak sama seperti dengan isterinya, pelakon Sheila Rusly.

Dalam pada itu, Jinggo turut meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan meluangkan masa untuk makan bersama dengan seluruh ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, Good to be home…Alhamdulillah menantu Tok Sidang @elisyasandhaofficial udoh pandei masak macam orang rhumoh teman @sheilarusly_jspictures

“Bismillah, Teman bedei dulu neman sis buke pose…sekian lama tak makan semeja satu family.. Alhamdulillah hari ni dapat le merase nikmat makan sekeluarga,” tulisnya.

Terdahulu, Elisya telah sah bergelar isteri kepada Uzair Haqimy pada tanggal 21 Ogos yang lalu.

Foto: Instagram Jinggo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here