Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi sebagai seorang selebriti sepanjang 25 tahun melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Malah, pemilik nama lengkap Saripah Raziah Mustapha mendedahkan ada segelintir pihak atau selebriti yang pernah berasa dengki atau iri hati terhadap kerjayaan yang dikecapinya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 45 tahun ini ada berkongsi cerita insiden konflik yang pernah dialaminya diantara rakan selebriti Safura Ya’cob sekitar tahun 2011.

Selain itu, Ifa memberitahu Safura sehingga kini masih belum membayar pampasan kepadanya seperti yang diarahkan oleh pihak mahkamah.

“Kalau nak dikirakan lebih banyak yang dengki khianat daripada yang suka saya selama 25 tahun dalam industri. Sebelum ini, saya pernah diheret selama 10 tahun naik turun mahkamah dengan seorang artis iaitu Safura Ya’cob dan mahkamah telah menjatuhkan kemenangan kepada pihak saya sebanyak dua kali,

“Pertama di mahkamah sivil dan kedua di mahkamah rayuan dan sampai saat ni artis tersebut mendiamkan diri walaupun diarahkan oleh mahkamah membayar pampasan kepada saya. Saya senang sahaja, tunggu di Padang Masyhar nanti. Kau akan datang merangkak datang pada aku, hanya Allah Yang Maha Mengetahui,” katanya.

Sebelum ini, Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa dengan mendakwanya telah salah dengan niat jahat kepada wartawan yang menulis, mencetak serta menyiarkan kenyataan mengenai Safura dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Selain itu, Ifa berkata ada juga segelintir rakan selebriti yang lain suka menabur fitnah dan mengaibkan dirinya serta keluarga selama ini.

“Begitu juga dengan artis-artis yang tengok saya berjaya dalam bisnes. Ada yang menaburkan fitnah dan mengaibkan saya sekeluarga serta bisnes saya,

“Tidak dinafikan, ada artis sahaja segenlintir artis yang baik hati sentiasa mendoakan kejayaan saya, tapi ada juga yang busuk hati khianat sampai sentiasa mendoakan saya jatuh tersungkur dan jahanam,

“Jadi disini saya banyak belajar daripada pengalaman hidup yang saya lalui selama ini. Semoga saya, famili dan bisnes dijauhi dengan manusia durjana seperti ini. Pesanan kepada musuh-musuh dalam selimut tu, Allah nampak apa yang anda lakukan, Allah Maha Adil, tunggu waktu anda akan sampai bila tiba waktunya,” katanya ketika dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here