Tahniah diucapkan kepada pelakon, Elisya Sandha yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Uzair Haqimy, pada petang Sabtu.

Meski baru menjangkau usia 22 tahun, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Mohd Faisal tidak menjadikan usia yang muda sebagai penghalang untuk dirinya mendirikan rumah tangga.

Uzair yang merupakan anak sulung kepada pengacara dan penerbit terkenal Sheila Rusly ada berkongsi beberapa keping foto serta rakaman video setelah majlis pernikahannya selesai menerusi hantaran di Insta Stories miliknya.

Pada masa sama, kakak kepada Elisya iaitu pelakon Fasha Sandha turut menzahirkan rasa gembira buat adiknya yang kini sudah bergelar isteri.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan dalam serba sederhana dan ringkas ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di seluruh negara.

“Melepaskan adik bongsuku, dalam Norma baharu Biar dalam sederhana, tetapi bahagia,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, Elisya telah mengikat tali pertunangan bersama Uzair pada awal Januari lalu dan majlis tersebut diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Foto: Instagram Elisya Sandha, Fasha Sandha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here