Penyanyi, Mohammad Aiman Yusri atau lebih dikenali Aiman Tino ada meluahkan perasaan mengenai perihal dirinya bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya. 

Akui Aiman, sebagai seorang manusia dirinya juga tidak terlepas daripada mempunyai kelebihan dan kekurangan seperti orang lain. 

Menyifatkan dirinya bukan insan yang sempurna, penyanyi yang sinonim dengan lagu Ku Rela Dibenci ini tetap bersyukur dengan kehidupan yang dimilikinya hari ini. 

Meski ada yang menyukai dirinya, penyanyi berusia 23 tahun ini tidak menafikan ada juga segelintir yang membenci dirinya. 

“Siapa lah aku, aku seorang yang jauh dari sempurna, namun aku bersyukur dengan kehidupan aku kerna aku tidak terlepas dari kelebihan dan kekurangan. 

“Orang menyukai aku,syukur Alhamdulilah. Orang membenci, aku tak fikirkan. Bila di puji aku tak terbang, di hina aku tak tumbang,” tulisnya.

Namun begitu, Aiman memberitahu bahawa dia tetap berpegang dengan prinsip hidupnya untuk sentiasa menghargai orang yang menyayangi dirinya. 

“Prinsip hidup aku ada lah berjuang untuk orang yang betul2 menghargai dan menyayangi aku,” tulisnya lagi menerusi hantaran yang sama.  

Foto: Instagram Aiman Tino

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here