Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan bintang media sosial terkenal, King Coco atau nama sebenarnya Maishara Ismail yang sering menjadi perhatian warganet.

Baru-baru ini, King Coco ada memuat naik satu rakaman video ketika dirinya sedang berjoget menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian bintang media sosial berusia 23 tahun itu telah mencuri tumpuan kerana susuk tubuhnya kelihatan sangat ramping meski sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Pada masa yang sama, bintang media sosial kelahiran Bagan Serai, Perak ini turut menitipkan kata nasihat kepada orang ramai untuk menjaga serta menitikberatkan tentang kesihatan mental.

Di samping berkongsi tips bersama pengikutnya, King Coco berpendapat adalah sangat penting kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan mental.

“This is the song i always hear when I don’t have any motivation to workout or do anythg. Mental health is very important even i want my mental and physical to be in great fit.

“So just enjoy.. what you want to do. This is one of my tips on how i manage mine,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KING COCO 👑 (@k1ngcoco_1)

Sekadar informasi, King Coco telah mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Foto: Instagram King Coco

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here