Menerusi beberapa hantaran perkongsian di akaun Instagram. penyanyi Datuk Nora Ariffin dlihat sedang menunaikan ibadah umrah bersama anak dan suami tercinta di tanah suci Mekah. 

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Hanya Satu ini turut berkesempatan untuk berkongsi cerita bersama para pengikutnya. 

 

Akui Nora, ketika berada didepan Kaabah dia sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk yang terbaik buat dirinya. 

“3 tahun lepas sblm PKP, saya sempat ke sini utk survey persiapan & pakej utk jemaah umrah serta naik Gua Hiraq. 

“Disini juga, didepan kaabah, saya berdoa ( lebih dekat dgn kaabah) meratap, menangis, memohon, meminta petunjuk agar Allah SWT, beri saya apa yg terbaik utk diri saya bukan ikut kehendak manusia.

‘Especially tentang rezeki & jodoh. Kadang2, sesuatu yg kita tak mahu tapi Allah sudah tentukan maka itulah takdir qada & qadar yg tiada siapa sekalipun boleh persoalkan apatah lagi menolak & membenci org lain,” tulisnya. 

 

Nora menambah, dia sentiasa berserah dan reda dengan setiap takdir yang telah ditentukan olehNya. 

“Segala yg berlaku semuanya dgn izin Allah SWT. Saya redha.

Setiap kali berdoa saya akan sebut,..’Ya Allah sekiranya jodoh ini terbaik utk aku, agamaku, anak2ku, redhaMu, maka permudahkanlah kami tapi sekiranya ianya tidak baik utk aku maka jauhkanlah’…

“Saya berserah pada Allah SWT. Saya hanya mahu redha Allah.

Ternyata, Allah SWT perkenankan segala doa saya hari ni.

“Syukur alhamdulillah, kini lebih tenang. Sesunggunya Allah itu lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui. Allahuakbar.

“Untuk kali ni saya memohon & berdoa agar permudahkan rezeki saya utk menunaikan haji. In Shaa Allah,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Sekadar informasi, Nora mengesahkan telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli, sekitar bulan Disember lalu. 

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. 

Namun, Allahyarham Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung. 

Foto: Instagram Datuk Nora Ariffin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here